Monday, 9 January 2012

Ahlan Wasahlan


Lebah biasanya dikaitkan dengan semangat kerajinannya...
     Lebah yang kuning disayangi manusia kerana dedikasinya yang tinggi dalam menghasilkan madu yang manis bagi mengubati seribu penyakit, namun segelintir manusia membenci lebah kerana silapnya menyengat manusia yang tidak bersalah.

Bunga merah memberikan simbol kasih sayang...
     Bunga mawar yang merah mekar disayangi manusia kerana keharumannya menenangkan jiwa, namun segelintir manusia membenci bunga mawar kerana duri tajam pada rantingnya yang melukakan.

     Itulah makhluk. Tidak ada yang sempurna. Walau sebaik mana pun manfaatnya, pasti terdapat kecacatan dalam dirinya. Sebab kesempurnaan itu hanyalah milik Allah. Maha Suci daripada segala kekurangan.

     Bagaimana pula dengan kita, manusia? Kita disebutkan Allah untuk menjadi khalifah? Kitalah yang Allah katakan sebaik-baik kejadian? 


     Ya, manusia juga tidak sempurna
Berdandan sambil bermuhasabah di depan cermin antara sunnah Rasulullah...
     Kenapa?! Lihatlah cermin dan tanyalah iman!


    "Hello...! Jauhnya melalot! Ni blog kembara atau blog kerohanian!?"

"Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta boleh juga undur, terlajak kapal terbang takde gear reverse, sorry, malas nak jawab!"

   "............................."


"Oh! Okaylah, blog Kelab Kembara Jordan ini akan memaparkan pelbagai informasi yang bermanfaat bermula daripada maklumat tersegar dari ladang sehinggalah artikel rohani yang berkaitan dengan 'kembara'."

Inilah logo baru Kelab Kembara Jordan...
  Alhamdulillah, dengan ini rasmilah blog Kelab Kembara Jordan ini. Penulis-penulis blog ini masih hijau dan muda. Pastilah banyak kekurangan dalam penulisan. Maka dengan itu, kami mengharapkan cadangan dan komen daripada anda bagi memperkasakan lagi ilmu penyampaian maklumat kami. Sekian, wassalam.

Manfaatkanlah sebaik-baiknya pasport Malaysia kita...



0 comments: